SIASAT UGUTAN BOM RUMAH PM


Subang Jaya: Polis akan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook yang mengugut untuk meletupkan rumah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya memandang serius ugutan yang dibuat individu berkenaan.

Menurutnya, polis kini sedang mengesan pemilik akaun berkenaan untuk siasatan lanjut sebelum didakwa.

"Saya ingin mengingatkan kepada masyrakat supaya tidak bercakap sesuka hati kerana boleh mendatangkan masalah kemudian hari.

"Individu ini akan didakwa selepas polis mengenal pasti pemilik akaun yang memuatnaik status berunsur ugutan berkenaan," katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Puchong di sini, hari ini..

Sumber http://malaysian-news.com/

Tragedi Amukan Prebet Adam di Bandar Chow Kit KL Sekitar Tahun 1987



Tragedi Amukan Prebet Adam di Bandar Chow Kit KL

Hampir 3 dekad berlalu.. #mengimbau kembali peristiwa yang pernah mengemparkan negara pada ketika dahulu. Pertama kali dalam sejarah kawasan sekitar Chow Kit yang selalunya sibuk bertukar menjadi lengang. Tiada lagi kesibukan di kawasan Chow Kit semasa peristiwa hitam “Amukan Prebet Adam“. Kini sudah 29 tahun berlalu tragedi hitam yang berlaku di Chow Kit itu.

Menurut kisahnya, dalam kejadian itu #Prebet Adam berlari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Dalam tragedi amukan Prebet Adam Jaafar itu seorang lelaki Melayu, Che Soh Che Mahmud terbunuh di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.

Tidak cukup dengan itu, dia juga #cuba membakar sebuah stesen minyak berhampiran. Kejadian pada malam 18 Oktober itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera termasuk yang berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam ada menulis ayat ini:

“Malam Sial Untuk Adam. Membunuh, #Dibunuh atau Bunuh Diri”.




Jika kita meneliti peristiwa amukan #Prebet Adam ini, terdapat dua kisah yang berlainan. Sejauhmanakah kebenaran kisah-kisah ini? Sama-sama kita baca kedua-dua versi kisah ini. Baca dan nilaikan mana yang betul mana yang salah.

VERSI 1: Amukan Prebet Adam 18 #Oktober 1987

Peristiwa amukan Prebet Adam pada #tahun 1987 dikatakan berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor (Sultan Mahmood Iskandar) pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian.

Disebabkan pada ketika itu raja #raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia.

Pada malam 18 oktober 1987, #Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 miliknya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket.

Esoknya, sejarah tercipta apabila #Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal.


Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri.




Dengan kehadiran bos #Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

VERSI 2: #Amukan Prebet Adam 18 Oktober 1987 (Tulisan ini dipetik dari laman facebook Saudara Syahril A.Kadir, yang merupakan bekas wartawan jenayah akhbar Utusan Malaysia, TV Alhijrah dan Sinar Harian)

KES AMUK PREBET ADAM. #SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BERSIHKAN NAMA KESULTANAN JOHOR!

Dah lama juga aku tak #tulis kisah-kisah jenayah ini. Hari ini aku nak mengimbas kembali satu peristiwa yang cukup menggemparkan negara satu ketika dulu iaitu peristiwa amuk Prebet Adam Jaafar yang mengamuk hingga menyebabkan seorang lelaki Che Soh Che Mahmud terbunuh di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.

Ceritanya bermula bila Adam #bertindak melepaskan beratus das tembakan secara membabi-buta di kawasan itu. Tak cukup dengan itu, dia juga cuba membakar sebuah stesen minyak berhampiran. Kejadian pada malam 18 Oktober itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera termasuk yang berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam ada menulis ayat ini’

” Malam Sial Untuk Adam. #Membunuh, Dibunuh atau Bunuh Diri “

Sejak itu, sehingga sekarang, #kalau search kat Google mengenai Adam ini, kita akan ‘dihidangkan’ dengan pelbagai kisah serta versi kejadian itu dan yang paling hot, Adam kononnya bertindak demikian setelah adiknya dipukul hingga mati oleh seorang ‘kerabat’ Diraja Johor. Kononnya kerabat ini marah bila dirinya ditertawakan oleh mangsa kerana gagal memukul bola masuk ke dalam lubang. Lalu mengsa telah dirembat hingga mati dengan menggunakan kayu golf oleh kerabat terbabit. Ini menyebabkan Adam mengamuk menggunakan M16 di Chow Kit tak lama selepas kejadian kerana kononnya hendak menuntut bela.




INI BETUL-BETUL FITNAH DAN PEMBOHONGAN #YANG JELAS DAN NYATA TERHADAP KESULTANAN JOHOR!

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Adam #ketika itu mengalami tekanan perasaan yang amat dahsyat kerana dibuli, didera mental dan fizikal hingga pernah diarahkan untuk membuat seks oral oleh para seniornya di kem tentera mereka. Adam, anggota tentera dari Unit Renjer yang berasal dari keluarga miskin di Pulau Pinang masa itu tidak dapat lagi menerima seksaan demi seksaan di kem tersebut hingga menyebabkan dia tak mampu lagi berfikir secara waras seperti manusia biasa. Dia kemudian mengambil keputusan untuk mengamuk dan melepaskan tembakan liar menggunakan rifal M16 yang dibawanya.

Aku bukan reka cerita, semua benda ni disebut #dan diperincikan di mahkamah satu persatu namun tak ramai yang endah, sebaliknya hanya berminat pada cerita fiksyen yang tak wujud dan ntah dari mana datangnya itu.

Bicara punya bicara, Hakim akhirnya mengarahkan #Adam dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kerana mengalami masalah mental sekaligus semua pertuduhan ke atasnya tekah digugurkan. Malangnya sehingga hari ini, orang ramai masih mengaitkan kes itu dengan istana Johor, apatah lagi ketika kes itu berlaku, Sultan Johor merupakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Buka saja atau Goggle saja di internet pasal kes ni, korang boleh baca, ramai orang diluar sana yang menjadi ” pegawai polis dan pendakwa ” tidak rasmi dan mereka seolah-olah tahu A to Z apa sebenarnya yang berlaku.

Ingat, dosa memfitnah itu lebih dahsyat daripada #membunuh. Aku menulis artikel ini kerana merasakan sudah tiba masanya nama Kesultanan Johor yang tercalar disebebabkan insiden ini DIBERSIHKAN. Aku difahamkan Adam dah pun keluar dari Hospital Bahagia beberapa tahun lalu dan kini berada di sebuah negeri dekat utara semenanjung. Aku bukan orang Johor tetapi ibarat cubit peha kiri, peha kanan tetap terasa. Sampai bila kita hendak bergelumang dengan dosa fitnah ini yang lumrah berlegar di kedai-kedai kopi? Tepuk dada, tanya selera.

Gambar diatas yang dirakamkan oleh jurufoto BERNAMA, #Encik Abdul Ghani Ismail ini menceritakan saat cemas tindakan polis dan ketangkasan mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar. Waktu itu beliau bersama anggota-anggota polis yang lain berlindung di sebalik kereta, tembok dan parit. Ketika melihat Tun Hanif Omar keluar daripada perlindungan untuk mendekati sasaran, Encik Abdul Ghani tidak melepaskan peluang, muncul dengan kameranya, terlupa akan keselamatan dirinya sendiri yang terdedah kepada kemungkinan sasaran tembakan.

Sumber http://iburendang.blogspot.my/

“Bapa Dajjal” Bapa Bercinta Dan Hamili Anak Sendiri Yang Berusia 10 tahun



"Bapa Dajjal" Bapa Bercinta Dan Hamili Anak Sendiri Yang Berusia 10 tahun|Kejadian seorang ayah merogol anak kandungnya sendiri sudah sangat biasa di dengari oleh umum,ianya biasa di sebut bapa Perangai setan.
Namun kali ini kami ingin mengongsikan bapa berperangai "dajjal"seorang bapa yang sanggup bercinta dan menghamili anaknya sendiri yang masih berumur 10 tahun.
Mengutip laporan Sooperboy.com lelaki yang berasal dari amerika serikat ini telah membuat media sosial kecoh dan banyak orang marah karenanya.dia tidak hanya menyetubuhi malah membuat anak yang masih berusia 10 tahun itu hamil.
Gambar kemesraan bapa dan anak tersebut di sebarkan oleh akaun bernama Fredrik Siraque dan mengatakan anak perempuan itu adalah anak tirinya.
Natizen bertambah marah apabila gambar kemesraan tersebut turut dengan gambar Gambar Berbaur lucah serta mendukung anaknya tanpa sluar kemudian mencium bibirnya.
Tidak cukup hanya itu gambar gambar tersebut juga menunjukkan bagian perut kanak kanak 10 tahun itu semakin membesar.
Si pemilik gambar menulis.


Saya sangat mencintainya seperti kekasih sendiri,saya sangat mencintai anak saya,kami seperti pasangan muda yang tengah di liputi kebahagian,kami saling mencintai satu sama lain,kami tidak peduli dengan apa yang orang katakan,yang paling penting kami bahagia menjalani ini semua.Fredrik Siraque


komen: Gambar itu sangat menggagu saya dimana ibu anak itu,mengapa ia di biarkan terjadi.saya akan buat aduan polis.tulis pemilik akun Anita Zulic.

Kisah sebenar Nur Sajat Bermula ketika berusia 14 tahun yang buat anda sedih



Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menerima hakikat bahawa anaknya mengambil keputusan paling tidak masuk akal dalam hidupnya iaitu menjadi seorang mak nyah atau pondan.




Mungkin sukar dipecayai yang Nur Sajat ini dilahirkan sebagai lelaki. Menurut Sajat Mak Nyah ini hanyalah satu nama. Baginya tak semua Mak Nyah kerja sebagai pelacur. Ada yang kerjaya sebagai model,peguam dan sebagainya..

Pada awalnya Sajat suka main makeup, memakai baju wanita kakaknya dan adiknya. Semasa mak sedang tidur, dia memakai kasut tumit tinggi milik maknya. Di Sekolah sajat kurang bersosial dan gemar bersendiri. naluri wanita kuat membuat Sajat menukar penampilan

Semasa berumur 14 Tahun di sekolah menengah, Sajat sudah mula memakan hormon. Disitulah pemulaan kehidupan baru Nur Sajat. Yang mula perasan adalah maknya sendiri.


Sajat Masa Kecil

Sajat membuktikan walaupun dirinya seorang mak nyah , dia mampu cari duit sendiri. Pada awalnya keluarga sajat tidak menerima perubahan Nur Sajat. Bagi Nur Sajat, Keluarga tidak menerimanya pada awalnya kerana tidak tahan di cerca oleh orang sekeliling.



Ibu sajat menasihati kepada Ibu-ibu diluar sana janganlah hina anak sendiri. Sokonglah mereka. Dan di akui, Ibu si sajat menyokong perubahan si Sajat . Dia tak mahu si sajat ini tak balik rumah bertahun-tahun hanya kerana Ibu bapa tidak dapat menerima perubahan dirinya. tambahannya lagi biarlah rupanya berubah asalkan hatinya tak berubah..

Baginya ayah si sajat, dia sentiasa mendoakan akan dapat anak soleh. tetapi bila dapat anak yang macam ini kita orang menerimanya. Bila di soal tentang perkahwinan, Si Sajat tak berkahwin kalau macam ini keadaannya. Ayah si sajat menasihati si sajat supaya jauhi fitnah.

Adik si sajat ini menyatakan abangnya tidak minta lahir bergini

"Sakit sebenarnya jadi macam ini. Bayangkan kalau diri saya ini wanita, tiba-tiba saya rasa yang saya lelaki. " kata adik si sajat.

Akim Ahmad, Stacy AF Selamat Diijabkabul

Alhamdulillah dgn dua kali lafaz, Stacy & Akim sah menjadi suami isteri ‪#‎AkimStacyWedding‬. Tahniah!


Tahniah kami ucapkan kepada pasangan penyanyi, Akim Ahmad dan juga Stacy AF yang telah selamat diijabkabulkan di Shangri-la Tg Aru Resort, Kota Kinabalu, pagi ini.


Stacy dan juga Akim selamat disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300 pada jam 10.15 pagi dengan dua kali lafaz. Mereka dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS) Tuan Haji Matlin Dimin berwakilkan wali abang kepada Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam.

Sebelum ini, Akim telah memilih sebentuk cincin bertahtakan lima permata di sekelilingnya untuk diberikan kepada isterinya, Stacy AF. Katanya, corak itu dipilih bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan merkea nanti.


Sedang dikemaskini…

Sumber & Gambar Ihsan: HLive






Sumber ROTIKAYA

JOM LIHAT: lihat 12 foto sekitar malam berinai Stacy AF di Penampang, Sabah. Pakai kain sarung je ke stacy?

Sekitar malam berinai Ummu Shaikhah Stacy Anam di Kampung Tuavon, Penampang di Sabah, yang berlangsung sebentar tadi. Meskipun ia berlangsung sederhana, tetapi kemeriahan tetap dapat dirasa dengan kehadiran keluarga, sahabat handai dan saudara-mara terdekat.




Untuk info, Vokalis kumpulan The Akim & The Magistrate iaitu Akim bakal berkahwin dengan Stacy esok di kediaman Stacy di Penampang, Sabah, manakala majlis resepsi pihak lelaki pula akan berlangsung di rumah keluarga Akim di Johor Baru.

"Saya tidak mahu berlakunya pembaziran pada majlis perkahwinan kami. Saya percaya kami lebih memerlukan wang tersebut selepas berkahwin," ujar Akim baru-baru ini.

Akim dan Stacy telah bertunang pada 26 September 2015 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos tahun yang sama.

Tonton video di SINI.

Sumber: myartis


































Jom Lihat Kejelitaan Manusia Barbie Dari Brazil Yang Pasti Buat Anda Tergoda!

Orang ke Barbie ni? Cantik Sungguh



Jom Lihat Kejelitaan Manusia Barbie Dari Brazil Yang Pasti Buat Anda Tergoda!

Sungguh tak disangka, ini adalah wanita seperti watak kartun yang sangat cantik dan comel.
Kalau kita jumpa, mesti terkejut bukan?

Jangan risau, masih belum ada di negara kita penampilan seperti ini.
Jom layan.